Friday, December 23, 2011

Kroih Kroih

My Meeyo

Instagram Photo. Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, November 26, 2011

Lampu

Lampu bilit lain bulb. Haha.

Instagram Photo. Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, October 19, 2011

Jauh

Kuching Terminal Express

Hatiku aritok asa jauh ilak~ rasa kepak. (Ku tgh xda mood, tiket belon murah ke Korea dah Sold Out. Hahaha~)

-Med-


Thursday, September 29, 2011

Monday, September 19, 2011

Thursday, September 1, 2011

Bertuntung Tujuh Likur

Pesta Bertuntung merupakan tradisi Melayu Sarawak yang bermula setiap kali menjelang 7 likur sehingga 7 hari selepas Hari Raya Aidilfiti/ Eid ul-Ftr. Jika di Semenanjung dikenali sebagai panjut lampu/pelita, di Sarawak tradisi ini dipanggil bertuntong.

Kampung kampung Melayu terutamanya di kawasan Satok dan Petra Jaya terang benderang dihiasi dengan deretan pelita dan pintu gerbang namun kini lampu lip lap mula menjadi pengganti.

Seperti tahun tahun sebelum ini juga, rumah Med tidak ketinggalan untuk bertuntung. Bapak akan mula menyediakan lampu lip lapnya seawal Ramadhan sambil dibantu oleh anak sedara Med, Firdaus. Bukan untuk tujuan menunjuk nunjuk cuma Bapak suka melihat kemeriahan beraya bersama cucu cucunya sambil memastikan tradisi ini tidak hilang ditelan zaman.

Tema tahun ni: Merdeka Raya. Sebelum Ogos lagi Bapak dah pasang bendera keliling rumah. ^_*
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. & Selamat Menyambut Hari Kebangsaan. 

Merdeka Raya @ Rumahku Kampung No.4 Satok
(Bak kata HMetro nak- Semengat Pak Sabil! FYI Pak Sabil ya my bapak lah.  hehehehe)



Rumahku bertuntong @ Kampung No.4 Satok



Info Bertuntung/Bertuntong di Berita Harian:

Kembali nostalgia tradisi bertuntung

Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/08/27

Berita Harian anjur pertandingan di Satok

Bertuntung menandakan kita semakin hampiri 1 Syawal dengan penduduk kampung akan mula sibuk membuat pelbagai persiapan termasuk pada waktu malam.


KUCHING: "Serangan bom pesawat tentera British mungkin jadi permulaan tradisi bertuntung di Sarawak," kata Pemanca Rosli Sahari, 71, ketika mengimbau kembali tradisi bertuntung di kalangan masyarakat Melayu yang menetap di tebing Sungai Sarawak.

Ketika penghujung Perang Dunia Kedua, berlaku kejadian di mana pihak British cuba mengebom kapal yang menjadi tempat persembunyian tentera Jepun yang berlabuh di Sungai Sarawak berdekatan Kampung Tanjung, Petra Jaya, namun akibat cuaca gelap bom berkenaan tersasar.

Akibatnya, satu keluarga yang menetap di kampung Melayu, Satok, menjadi mangsa apabila bom berkenaan terkena rumah mereka, apabila juruterbang melepaskan bom terlalu awal selepas gagal melihat kedudukan rumah penduduk.

Kejadian itu menjadi antara lipatan sejarah bagi penduduk awal di sekitar kampung tradisi Melayu yang merangkumi hampir 20 kampung kecil seperti Kampung Masjid, Bintangor, Bandarshah, Mataim, Parit Lama, Muhibbah, Paduka Sitom dan Patingan.

Bagaimanapun Rosli menjelaskan, bertuntung hanya menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu bermula tahun 50-an selepas ekonomi penduduk kembali pulih apabila perang tamat dengan ia terus berkembang sehingga hari ini.

“Seperti pukulan beduk sehari sebelum 1 Ramadan yang menandakan kita akan mula berpuasa, bertuntung pula menandakan kita semakin menghampiri 1 Syawal dengan penduduk kampung akan mula sibuk membuat pelbagai persiapan termasuk pada waktu malam.

“Sebaik masuk malam 10 terakhir Ramadan atau dikenali sebagai malam tujuh likur, masyarakat Melayu akan memasang pelita mengikut jumlah hari likur dengan kemuncaknya adalah pada malam tujuh likur apabila seluruh kampung menjadi terang,” katanya ketika ditemui Berita Harian.

Ketika itu, tradisi bertuntung tidak memerlukan kos yang tinggi kerana setiap penduduk akan mencari buluh kuning yang banyak di kawasan hulu untuk dijadikan pelita dengan minyak tanah cuma berharga kira-kira 10 sen bagi satu botol penuh.

Pelita buluh kemudian akan dipasang dari tangga rumah sehingga ke jalan utama dengan penduduk kemudian akan bergotong-royong memasang pelita di sepanjang jalan utama dan tebing sungai bagi memudahkan jiran bergerak ke rumah jiran lain.

Sahara berkata, pelita akan terus dipasang sehingga pada malam Aidilfitri dengan jumlahnya kemudian akan dikurangkan sehingga hari ketujuh Syawal sebagai tanda berakhirnya sambutan dengan penduduk harus kembali bekerja.

Bagi mengekalkan tradisi berkenaan, Berita Harian dengan kerjasama Persatuan Koordinasasi Pelancongan Satok menganjurkan Pertandingan Bertuntung 2011 yang bermula semalam sehingga 1 September bagi mengembalikan nostalgia lama serta menyemarakkan amalan bertuntung di kalangan penduduk.





Med  
01092011